Plot Temuan Takdir

Mengisahkan tentang dua adik-beradik polis yang berdedikasi iaitu ACP Tuan Roslan dan Inspektor Shariff. Misi mereka adalah memburu dalang di sebalik rompakan sebuah van sekuriti. Penyiasatan mereka membawa ke arah terbongkar kegiatan satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang perompak iaitu Omar, Faisal dan Vikram di mana setiap daripada mereka mempunyai agenda tersembunyi yang menyebabkan rancangan mereka tergendala akibat situasi yang tidak diduga.

Pencarian pihak polis yang semakin intensif berdasarkan petunjuk membawa mereka menghampiri penyelesaian jenayah yang penuh ketamakan ini. Akhirnya, panggilan ‘Takdir’ yang tidak dapat dielak, datang menyeru jua dan setiap manusia perlu menghadapi suratannya. Tuan Roslan harus mengejar masa dalam menyelesaikan misteri kes ini, mencari dalang yang merancang segala-galanya. Takdir yang tersurat buat pasangan adik-beradik ini dan tanggungjawab seorang anggota polis terhadap tugasnya.

Rujukan

WikiPedia: Temuan Takdir http://style.astroawani.com/detail/temuan-takdir-w... http://www.imdb.com/title/tt6096780/ http://temuantakdir.com/ http://intrend.com.my/hiburan/filem-seni/temuan-ta... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/temuan-takdi... http://www.utusan.com.my/hiburan/temuan-takdir-azu... https://www.star2.com/people/2016/08/15/former-mis... https://www.nst.com.my/news/2016/08/165082/temuan-... https://www.nst.com.my/news/2017/01/205328/temuan-...